Sunday, October 24, 2010

SEJARAH DAN KEGIATAN MASJID

MASJID SALAHUDDIN
AL-AYYUBI,
SETAPAK, KUALA LUMPUR

DISEDIAKAN UNTUK :
Ustaz Abdul Aziz Bin Harjin
PENSYARAH CTU551

DISEDIAKAN OLEH :
Nur Fatin Nabila Binti Saari
2010648382
ASB1AG

PROGRAM :
Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian)
KIMIA GUNAAN
AS225

TARIKH HANTAR :
24 Oktober 2010

.ISI KANDUNGAN.
1   PENGHARGAAN
2   ABSTRAK
3   PENDAHULUAN
4   HURAIAN
- SEJARAH PENUBUHAN
-AHLI JAWATANKUASA
- AKTIVITI
- KEMUDAHAN MASJID
- MASALAH DAN CADANGAN
5    PENUTUP
6    RUJUKAN
7    LAMPIRAN

PENGHARGAAN, ABSTRAK DAN PENDAHULUAN

.PENGHARGAAN.

Syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya menyiapkan kerja kursus bagi subjek CTU 551 ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Ustaz Abdul Aziz Harjin di atas segala panduan dan tunjuk ajar yang diberikan sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini dijalankan. Sekalung penghargaan juga buat pengerusi Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, YBHG Dato’ Hj Abd Rahim Bin Abd Hamid kerana sudi meluangkan masa memberi sedikit info berguna mengenai masjid yang saya kaji semasa ditemubual seterusnya terima kasih juga buat kedua ibubapa dan sahabat handai atas segala bantuan yang telah diberikan.

.ABSTRAK.

Perkataan masjid berasal dari sa-ja-da (perkataan Arab) yang membawa maksud sujud di mana umat Islam meletakkan dahi di tempat paling rendah, separas dengan kedudukan kaki. MAsjid merupakan rumah Allah yang paling mulia di mana ia merupakan tempat umat Islam menyembah Allah s.w.t., Tuhan sekalian alam. Rumah Allah yang paling utama ialah Kaabah di Makkah di mana ia menjadi petunjuk arah untuk kita menghadapkan muka dan dada ketika menunaikan solat.

.PENDAHULUAN.

Bagi memenuhi subjek CTU 551, saya telah memilih tajuk 'SEJARAH PENUBUHAN MASJID DI KAWASAN SAYA' sebagai tugasan utama semester ini. Dengan terhasilnya tugasan ini, ia sedikit sebanyak dapat memberi peluang kepada saya untuk mengetahui lebih dalam tentang latar belakang masjid dan struktur organisasi masjid ini. Bagi sesi temubual yang dijalankan bersama pengerusi masjid, ia berjaya disiapkan dalam masa sehari, menepati kehendak yang saya inginkan.

SEJARAH PENUBUHAN MASJID

.SEJARAH PENUBUHAN.

MASJID SALAHUDDIN AL-AYYUBI atau digelar ‘Masjid Al-Ayyubi’ di kalangan penduduk setempat telah dirasmikan pada 8 Disember 2006 oleh Yang Dipertuan Agong ketika itu iaitu Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Syed Putra Jamalullail. Pada mula sejarah penubuhannya masjid ini bertujuan untuk menggantikan Surau Al-Iztimiyah namun disebabkan Surau Al-Iztimiyah masih aktif menjalankan program dan aktiviti, maka surau itu dikekalkan sehingga kini.
       
Masjid yang terletak di Setapak, Kuala Lumpur ini didaftarkan di bawah JAWI sepenuhnya dan pihak JAWI bersetuju menamakan masjid ini dengan nama ‘SALAHUDDIN AL-AYYUBI’. Setelah hampir 4 tahun beroperasi, masjid ini mampu menarik bilangan jemaah yang ramai disebabkan lokasinya dikelilingi kawasan perumahan dan terletak berhampiran LRT Taman Melati.

        Masjid kedua terbesar di Setapak ini dicipta dan dibangunkan bersama beberapa lagi masjid di sekitar Setapak di bawah plan landskap yang sama yang dipertanggungjawabkan kepada pihak Jabatan Kerja Raya. Masjid ini juga mentadbir 12 surau yang terdapat di kawasan Setapak secara khususnya.

AHLI JAWATANKUASA MASJID SALAHUDDIN AL-AYYUBI

.PENGERUSI.

YBHG DATO' HJ ABD RAHIM ABD HAMID

.TIMBALAN PENGERUSI.

YBHG DATO' HJ HASBULLAH L.ISA

.SETIAUSAHA.

YBHG USTAZ ROHAILY @ ABD RAHMAN ABD HAMID

.BENDAHARI.

YBHG TUAN HJ ABD RAHMAN MAT

.AJK.

AKTIVITI-AKTIVITI DAN KEMUDAHAN DISEDIAKAN

.AKTIVITI-AKTIVITI.

Sepanjang 4 tahun masjid ini ditubuhkan, banyak program dan aktiviti telah dijalankan. Program yang paling besar pernah dianjurkan adalah SEMARAK CINTA MASJID sempena Sambutan Maal Hijrah 1430H yang dijalankan pada 23 dan 24 Januari 2009. Program ini berjaya membuka mata penduduk agar dapat sama-sama mengimarahkan masjid sebagai rumah Allah. Program seperti ini dapat membantu menambah dana masjid di mana gerai-gerai jualan diadakan untuk menarik lebih ramai pengunjung di samping kehadiran artis popular, Rabbani memeriahkan program yang berlangsung.

gerai jualan sempena program 'SEMARAK CINTA MASJID'

RABBANI bersama peminat cilik

Selain itu, majlis tadarus Al-Quran juga dijalankan pada bulan Ramadhan setiap tahun disamping pemberian sumbangan kepada anak-anak yatim dan ibu tunggal serta majlis berbuka puasa bersama mereka. Bagi memberi perhatian dan fokus kepada golongan remaja pula, satu kelab yang dipanggil KELAB REMAJA MASJID telah ditubuhkan pada Oktober 2009. Kelab ini membantu memberi pendedahan dan keinsafan kepada para remaja dengan mengadakan program berbentuk kesedaran di samping bengkel motivasi yang giat dijalankan.

.KEMUDAHAN-KEMUDAHAN MASJID.

Masjid ini banyak memberikan kemudahan kepada sesiapa yang datang melakukan ibadat. Keluasan masjid nya yang besar memang memberi keselesaan kepada pengunjung.

kawasan dalam masjid di tingkat 2

Selain itu, masjid ini juga menyediakan khidmat menguruskan jenazah di mana terdapat sebuah bilik jenazah dan van jenazah telah disediakan.

van jenazah

bilik jenazah

Untuk kemudahan penduduk sekitar masjid, Dewan Salahuddin Al-Ayyubi juga dibina bersebelahan masjid untuk kemudahan mengadakan majlis kenduri kahwin, doa selamat ataupun majlis tahlil. Selain itu juga, pejabat NIKAH, RUJUK DAN CERAI juga ditempatkan di masjid ini di mana pegawainya merupakan pegawai yang ditauliahkan.

Dewan Salahuddin Al-Ayyubi

Di kawasan masjid ini juga dibina sebuah sekolah agama yang dinamakan Sekolah Rendah Agama Salahuddin Al-Ayyubi. Sekolah ini sama seperti sekolah-sekolah agama yang lain di Kuala Lumpur, dibawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dimana pihak mereka memantau setiap perkara di bawah pentadbiran guru besar dan organisasi sekolah. Kedudukan sekolah ini yang berdekatan dengan kawasan perumahan juga sedikit sebanyak dapat menjamin keselamatan anak-anak disamping pemantauan ibubapa itu sendiri.

Sekolah Rendah Agama Salahuddin Al-Ayyubi

MASALAH DAN CADANGAN

.MASALAH.

Masalah yang dihadapi oleh pihak masjid tidaklah terlalu besar seperti kecurian dan sebagainya. Namun masih terdapat walaupun masjid ini baru berusia 4 tahun. Contohnya, masih terdapat kerosakan-kerosakan pada masjid tidak kira di kawasan sekitar atau di dalam masjid itu sendiri. Meburut pengerusi masjid, biasanya jika ia melibatkan kerosakan kecil, pihak masjid akan cuba memperbaikinya menggunakan dana yang sedia ada. Namun jika ia melibatkan kerosakan besar dan memakan belanja yang tinggi, pihak pentadbiran akan memaklumkan kepada pihak JAWI untuk tindakan selanjutnya. Selain itu, masalah tempat meletak kenderaan yang terhad juga mendatangkan masalah kepada orang ramai. Contohnya ketika solat jumaat, tempat meletak kenderaan yang terhad menyebabkan orang ramai mengambil keputusan untuk meletakkan kenderaan mereka di tepi jalan. Ini menimbulkan kesesakan laluan yang sememangnya menghubungkan kawasan-kawasan perumahan menjadi lebih teruk.

.CADANGAN.

Cadangan saya yang pertama ialah diharapkan pihak pengurusan masjid dapat mempertingkat program-program ketika cuti sekolah menjelang. Ini kerana di kesempatan itulah kita dapat mendekati jiwa remaja dengan lebih dalam supaya kita dapat menyediakan mereka sesuatu aktiviti bermanfaat yang dapat diisi bersama. Selain itu, berkaitan masalah ruang meletak kenderaan yang terhad, diharap pihak masjid bersama JAWI memikirkan masalah tersebut agar tidak mengganggu laluan kenderaan lain di jalan raya.

PENUTUP DAN RUJUKAN

.PENUTUP.

Masjid merupakan rumah Allah yang patut kita sama-sama mengimarahkannya. Diharap pembinaannya bukan hanya gah pada bentuk dan saiz, namun perlu kaya dengan segala amalan yang dilakukan umat Islam itu sendiri. Sebagai umat yang bertanggungjawab, kita seharusnya bersama-sama menjaga kebajikan dan kebersihan masjid agar tetap terpelihara dan memberi keselesaan kepada orang ramai. Masjid bukan hanya tempat kita tunduk menyembah kepada Yang Maha Esa, tetapi juga merukan tempat kita mendalami ilmu agama disamping menyampaikan dakwah Islam. Oleh itu diharap dengan terbinanya masjid ini dapatlah dimanfaatkan sepenuhnya. Insyaallah.

.RUJUKAN.

Pengerusi Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, YBHG Dato' Haji Abdul Rahim Abdul Hamid

LAMPIRAN

ketika sesi temubual bersama pengerusi masjid

tempat membayar zakat

pemandangan dalam masjid

seni reka yang menarik

ruang solat yang selesa setinggi 3 tingkat

dari pandangan hadapan

Powered by Blogger.