.MASALAH.
Masalah yang dihadapi oleh pihak masjid tidaklah terlalu besar seperti kecurian dan sebagainya. Namun masih terdapat walaupun masjid ini baru berusia 4 tahun. Contohnya, masih terdapat kerosakan-kerosakan pada masjid tidak kira di kawasan sekitar atau di dalam masjid itu sendiri. Meburut pengerusi masjid, biasanya jika ia melibatkan kerosakan kecil, pihak masjid akan cuba memperbaikinya menggunakan dana yang sedia ada. Namun jika ia melibatkan kerosakan besar dan memakan belanja yang tinggi, pihak pentadbiran akan memaklumkan kepada pihak JAWI untuk tindakan selanjutnya. Selain itu, masalah tempat meletak kenderaan yang terhad juga mendatangkan masalah kepada orang ramai. Contohnya ketika solat jumaat, tempat meletak kenderaan yang terhad menyebabkan orang ramai mengambil keputusan untuk meletakkan kenderaan mereka di tepi jalan. Ini menimbulkan kesesakan laluan yang sememangnya menghubungkan kawasan-kawasan perumahan menjadi lebih teruk.
.CADANGAN.
Cadangan saya yang pertama ialah diharapkan pihak pengurusan masjid dapat mempertingkat program-program ketika cuti sekolah menjelang. Ini kerana di kesempatan itulah kita dapat mendekati jiwa remaja dengan lebih dalam supaya kita dapat menyediakan mereka sesuatu aktiviti bermanfaat yang dapat diisi bersama. Selain itu, berkaitan masalah ruang meletak kenderaan yang terhad, diharap pihak masjid bersama JAWI memikirkan masalah tersebut agar tidak mengganggu laluan kenderaan lain di jalan raya.
0 comments:
Post a Comment