Sunday, October 24, 2010

PENGHARGAAN, ABSTRAK DAN PENDAHULUAN

.PENGHARGAAN.

Syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya menyiapkan kerja kursus bagi subjek CTU 551 ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Ustaz Abdul Aziz Harjin di atas segala panduan dan tunjuk ajar yang diberikan sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini dijalankan. Sekalung penghargaan juga buat pengerusi Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, YBHG Dato’ Hj Abd Rahim Bin Abd Hamid kerana sudi meluangkan masa memberi sedikit info berguna mengenai masjid yang saya kaji semasa ditemubual seterusnya terima kasih juga buat kedua ibubapa dan sahabat handai atas segala bantuan yang telah diberikan.

.ABSTRAK.

Perkataan masjid berasal dari sa-ja-da (perkataan Arab) yang membawa maksud sujud di mana umat Islam meletakkan dahi di tempat paling rendah, separas dengan kedudukan kaki. MAsjid merupakan rumah Allah yang paling mulia di mana ia merupakan tempat umat Islam menyembah Allah s.w.t., Tuhan sekalian alam. Rumah Allah yang paling utama ialah Kaabah di Makkah di mana ia menjadi petunjuk arah untuk kita menghadapkan muka dan dada ketika menunaikan solat.

.PENDAHULUAN.

Bagi memenuhi subjek CTU 551, saya telah memilih tajuk 'SEJARAH PENUBUHAN MASJID DI KAWASAN SAYA' sebagai tugasan utama semester ini. Dengan terhasilnya tugasan ini, ia sedikit sebanyak dapat memberi peluang kepada saya untuk mengetahui lebih dalam tentang latar belakang masjid dan struktur organisasi masjid ini. Bagi sesi temubual yang dijalankan bersama pengerusi masjid, ia berjaya disiapkan dalam masa sehari, menepati kehendak yang saya inginkan.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.