Sunday, October 24, 2010

SEJARAH PENUBUHAN MASJID

.SEJARAH PENUBUHAN.

MASJID SALAHUDDIN AL-AYYUBI atau digelar ‘Masjid Al-Ayyubi’ di kalangan penduduk setempat telah dirasmikan pada 8 Disember 2006 oleh Yang Dipertuan Agong ketika itu iaitu Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Syed Putra Jamalullail. Pada mula sejarah penubuhannya masjid ini bertujuan untuk menggantikan Surau Al-Iztimiyah namun disebabkan Surau Al-Iztimiyah masih aktif menjalankan program dan aktiviti, maka surau itu dikekalkan sehingga kini.
       
Masjid yang terletak di Setapak, Kuala Lumpur ini didaftarkan di bawah JAWI sepenuhnya dan pihak JAWI bersetuju menamakan masjid ini dengan nama ‘SALAHUDDIN AL-AYYUBI’. Setelah hampir 4 tahun beroperasi, masjid ini mampu menarik bilangan jemaah yang ramai disebabkan lokasinya dikelilingi kawasan perumahan dan terletak berhampiran LRT Taman Melati.

        Masjid kedua terbesar di Setapak ini dicipta dan dibangunkan bersama beberapa lagi masjid di sekitar Setapak di bawah plan landskap yang sama yang dipertanggungjawabkan kepada pihak Jabatan Kerja Raya. Masjid ini juga mentadbir 12 surau yang terdapat di kawasan Setapak secara khususnya.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.